Diego Maradona
Diego Maradona

Diego Maradona

Diego Armando Maradona (lahir 30 Oktober 1960) ialah seorang bekas pemain bola sepak Argentina. Beliau pernah beraksi dalam empat kejohanan Piala Dunia dan berkongsi anugerah FIFA Player of the Century bersama Pele, setelah diundi ke tempat teratas dalam satu pantauan Internet di laman sesawang FIFA untuk memungut pendapat mengenai pemain paling cemerlang sepanjang abad ke-20 pada tahun 2000.[1][2]Maradona banyak meraih piala bersama pasukan Boca Juniors, FC Barcelona dan SSC Napoli sepanjang kerjayanya. Sepanjang kerjaya bola sepak antarabangsa yang merangkumi 91 kali turun padang dan 34 gol, beliau beraksi di empat kejohanan Piala Dunia FIFA, memimpin pasukan kebangsaan Argentina sehingga mencapai kejuaraan pada edisi tahun 1986, yang mana beliau meraih anugerah Bola Emas selaku pemain paling cemerlang sepanjang kejohanan. Beliau menambat kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 terhadap England di pusingan suku akhir kejohanan 1986. Gol pertamanya merupakan handball tidak didenda yang dikenali sebagai "Tangan Tuhan", manakala gol kedua merupakan aksi celah-mencelah mengagumkan sepanjang 60 meter memintas enam pemain England, yang dikenali sebagai "The Goal of the Century" atau "Layang-layang Kosmos" (Bahasa Sepanyol: El barrilete cósmico) di Argentina.Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain paling kontroversi dalam sukan berkenaan. Maradona digantung selama 15 bulan pada tahun 1991 setelah gagal dalam ujian dadah yang mendapati kokaina di Itali, selepas itu didapati mengandungi efedrina pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.Setelah bersara dari persada bola pada hari jadi ke-37 pada tahun 1997,[3] beliau mengalami masalah kesihatan dan berat badan, diburukkan lagi oleh salah guna kokaina yang berterusan. Bagaimanapun, pembedahan mengokot perut membantunya mengawal penambahan berat badan. Semenjak mengatasi ketagihan kokaina, beliau menjadi hos TV di Argentina.[4]

Rujukan

WikiPedia: Diego Maradona http://www.espantalagata.com.ar/ http://www.homenajeal10.com.ar/ http://www.meduermo.com.ar/thumbnails.php?album=11... http://worldsoccer.about.com/od/soccerhistory/p/di... http://euro2008-blog.blogspot.com/2008/05/diego-ma... http://www.ole.clarin.com/notas/2007/04/26/0140724... http://www.clarin.com/diario/2005/06/03/espectacul... http://www.clarin.com/diario/2005/06/19/sociedad/s... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/10/14/f... http://sportsillustrated.cnn.com/2005/writers/mark...